Wednesday, December 2, 2009

HELANG LEBAH


Burung Helang Lebah (bahasa Inggeris: Oriental Honey Buzzard) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pernis ptilorhynchus. Burung Lang Lebah adalah burung pemangsa dalam keluarga Accipitridae yang turut merangkumi burung pemangsa diurnal lain seperti kite, eagle dan harrier.

Ciri-ciri

Burung Lang Lebah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Lebah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Lebah tidak bergigi.
Ia adalah lebih besar dan sayap lebih lebar berbanding burung yang sama di barat Pernis apivorus.

Ia kelihatan berleher panjang dengan kepala keci;, dan melayang dengan sayap yang rata. Ia mempunyai ekor panjang dan bulu kepala pendek. Keperangan di bahagian atas, tetapi tidak segelap Honey Buzzard, dan lebih pucah di bahagian bawah. Terdapat gelang gelap di bahagian tekak.

Agak luar biasa dikalangan burung pemangsa, jantina keduanya dapat jelas kelihatan. Burung jantan mempunyai kepala biru-kelabu, sementara kepala burung betina bewarna keperangan. Burung betina lebih besar dan gelap erbanding burung jantan. Burung jantan mempunyai ekor hitam dengan gelong putih, sementara burung betina menyerupai Honey Buzzard betina.

Habitat

Burung Lang Lebah datang dari tempat pembiakannya di kawasan terpencil Siberia. Ia meluncur di arus udara, menandakan penerbangannya dengan panggilan nyaring, sambil mencari sarang lebah untuk dimakan larva dan madunya. Burung ini boleh dijumpai di Sepang, Selangor, Tanjung Tuan, Melaka dan Pulau Kukup, Johor.

Pembiakan

Burung Lang Lebah membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Lebah bercangkerang keras. Ia membiak di Asia dari Siberia pusat barat hingga ke Jepun. Pada musim panas, ia berhijrah ke Siberia, menghabiskan musim sejuk di Asia Tenggara tropika termasuk Malaysia. Di tempat lain, ia lebih kurang penghuni tetap. Makanannya khas, memakan larva dan sarang penyengat, walaupun ia memakan haiwan mangsa kecil lain.
Burung Lang Lebah membiak di kawasan hutan, dan tidak banyak kelihatan kecuali pada musim bunga spring, apabila paparan mengawan termasuk mengepuk sayap.

No comments:

Post a Comment