Thursday, December 3, 2009

HELANG

Helang (bahasa Inggeris: eagle) merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya ("mega diversity") daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.

Ciri-ciri

Helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.

Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh.

Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel

HELANG HITAM

Burung Helang Hitam (bahasa Inggerisnya: Black Eagle) adalah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia adalah . Nama sainsnya ialah Ictinaetus malayensis. Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Ciri-ciri

Burung Helang Hitam ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga. Burung Helang Hitam ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Helang Hitam terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai burung, Burung Helang Hitam membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan

Burung Helang Hitam merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.

Wednesday, December 2, 2009

HELANG MERAH

Burung Helang Merah adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Haliastur indus.

Ciri-ciri

Burung Lang Merah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Merah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Merah tidak bergigi.

Ia merupakan burung pemangsa yang mudah dilihat di Malaysia, dan mudah dikenal pasti melalui bulu putih pada kepala dan pada dadanya, burung muda bewarna lebih pucat yang mudah terkeliru dengan spesies yang hampir serupa dengannya.

Burung lang Merah banyak di dapati di kawasan persisiran pantai dan berpaya, biasanya dalam jumlah yang kecil, secara bersendirian atau berpasangan, meluncur tinggi di kawasan daratan, termasuk bandar dan pekan. Ketika mereka terbang tinggi, ia mungkin tidak disedari oleh pandangan mata manusia terutama apabila ketika waktu panas terik ketikamana mereka mampu menggunakan kelebihan termal udara panas untuk membantu mereka meluncur. Ia memngasilkan bunyi jeritan kweeaa atau kyeeer yang nyaring terutama ketika sedang meluncur.

Makanan

Helang merupakan pemangsa atau maging (karnivor).Makanan utamanya haiwan mamalia seperti tikus,tupai dan ayam.sesetengah haiwan ini memangkap ikan di sungai,dan laut.....

Pembiakan & Habitat

Burung Lang Merah membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Merah bercangkerang keras. Burung Lang Merah boleh di dapati di kawasan persisiran, sungai dan tasik besar, kebanyakannya kawasan terpencil, jarang di bandar besar. Di Malaysia, ia banyak terdapat di pantai barat. Boleh di dapati di China Selatan dan sehingga utara Australia dan Solomon.

HELANG LEBAH


Burung Helang Lebah (bahasa Inggeris: Oriental Honey Buzzard) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Pernis ptilorhynchus. Burung Lang Lebah adalah burung pemangsa dalam keluarga Accipitridae yang turut merangkumi burung pemangsa diurnal lain seperti kite, eagle dan harrier.

Ciri-ciri

Burung Lang Lebah ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Lebah adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Lebah tidak bergigi.
Ia adalah lebih besar dan sayap lebih lebar berbanding burung yang sama di barat Pernis apivorus.

Ia kelihatan berleher panjang dengan kepala keci;, dan melayang dengan sayap yang rata. Ia mempunyai ekor panjang dan bulu kepala pendek. Keperangan di bahagian atas, tetapi tidak segelap Honey Buzzard, dan lebih pucah di bahagian bawah. Terdapat gelang gelap di bahagian tekak.

Agak luar biasa dikalangan burung pemangsa, jantina keduanya dapat jelas kelihatan. Burung jantan mempunyai kepala biru-kelabu, sementara kepala burung betina bewarna keperangan. Burung betina lebih besar dan gelap erbanding burung jantan. Burung jantan mempunyai ekor hitam dengan gelong putih, sementara burung betina menyerupai Honey Buzzard betina.

Habitat

Burung Lang Lebah datang dari tempat pembiakannya di kawasan terpencil Siberia. Ia meluncur di arus udara, menandakan penerbangannya dengan panggilan nyaring, sambil mencari sarang lebah untuk dimakan larva dan madunya. Burung ini boleh dijumpai di Sepang, Selangor, Tanjung Tuan, Melaka dan Pulau Kukup, Johor.

Pembiakan

Burung Lang Lebah membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Lebah bercangkerang keras. Ia membiak di Asia dari Siberia pusat barat hingga ke Jepun. Pada musim panas, ia berhijrah ke Siberia, menghabiskan musim sejuk di Asia Tenggara tropika termasuk Malaysia. Di tempat lain, ia lebih kurang penghuni tetap. Makanannya khas, memakan larva dan sarang penyengat, walaupun ia memakan haiwan mangsa kecil lain.
Burung Lang Lebah membiak di kawasan hutan, dan tidak banyak kelihatan kecuali pada musim bunga spring, apabila paparan mengawan termasuk mengepuk sayap.

HELANG BAZA

Burung Helang Baza (bahasa Inggeris: Jerdon Baza) ialah salah satu daripada haiwan yang terdapat di Malaysia. Nama sainsnya Avicedo jerdoni.


Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya "mega diversity" dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.

Ciri-ciri

Burung Helang Baza adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam haiwan, bertulang belakang (vertebrat), kelas Burung. Dalam aturan, tergolong dalam keluarga. Burung Helang Baza adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Burung mempunyai paruh tanpa gigi. Jantung Burung Helang Baza terdiri daripada 4 kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atria, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.

Pembiakan

Sebagai burung, Burung Helang Baza membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.

Pengekalan

Burung Helang Baza merupakan haiwan yang dilindungi di Malaysia dan memerlukan lesen pemburuan untuk memburunya.